Pelantikan itu akan dibuat secara teratur dengan penekanan kepada integriti, keberkesanan pentadbiran dan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat.
Ahli majlis perlu memastikan kebersihan dan pengurusan sisa pepejal terjaga melalui pemantauan berterusan, sokongan penguatkuasaan dan libat urus komuniti.
Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli menegaskan tanda indeks siri “EE” tidak pernah dikeluarkan, diperkenalkan atau diluluskan jabatan itu.
Selangorkini 18 - 24 Disember 2025
Inisiatif itu bertujuan mengendurkan ketegangan serta mengelakkan sebarang peningkatan konflik di sepanjang sempadan Thailand - Kemboja.
Suspek dipercayai membunuh isterinya dan menyimpan mayat wanita itu selama empat hari sebelum tampil ke balai polis untuk membuat laporan.
Yayasan MBI menyampaikan sumbangan kepada lapan individu dan seekor kucing yang mengharumkan nama Selangor di peringkat antarabangsa melalui pencapaian cemerlang mereka.
Kenaikan kos sewaan rumah di Lembah Klang terus memberi tekanan ketara kepada golongan miskin bandar sekali gus menjadi cabaran terbesar Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam usaha membantu asnaf fakir dan miskin di negeri ini.
Suami isteri berdepan detik cemas apabila kereta mereka dilarikan bersama anak perempuan berusia lima tahun di Jalan PJS 6/4, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, pagi tadi.
Setakat ini, tiada pusat beli-belah di Selangor yang dibenarkan menerima pengunjung bersama haiwan peliharaan.
Kerajaan Negeri juga masih menunggu senarai lengkap kawasan ‘hotspot’ pembuangan sampah haram daripada semua PBT.
Pesilat negara Muhammad Izzul Irfan Marzuki melalui detik penuh dramatik apabila terpaksa menunggu lebih tiga jam sebelum disahkan membawa pulang pingat emas Kelas D (60-65kg) lelaki hari ini.
Pencapaian itu merangkumi rampasan dadah seberat 205,154 gram bernilai hampir RM20.2 juta, barangan perubatan dan bahan kimia bernilai RM1.4 juta, serta rampasan hampir RM60 juta oleh MAQIS.
Selepas 25 tahun ditubuhkan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bakal memiliki ibu pejabat sendiri yang akan dibina di pinggiran Sungai Klang, dengan konsep 'penjaga sungai' (guardian of the river).
Pemantauan mendapati kenaikan itu tidak berlaku secara menyeluruh, sebaliknya tertumpu di kawasan tertentu.
KDEBWM juga akan menilai semula sistem sedia ada bagi mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbetulkan agar pengurusan sisa pepejal lebih teratur dan efisien.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan anggota Kabinet untuk terus bekerja dengan berdisiplin, bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan Madani bergerak dengan pantas.
EXCO Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata dakwaan yang tular adalah tidak tepat kerana tiada perubahan status dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada masa ini.
Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya cedera ketika menjalankan operasi memadam kebakaran di sebuah pasar raya di Jalan Seroja 56, Taman Johor Jaya, Johor Bahru pagi tadi.
Penggunaan kad itu bukan sahaja memudahkan proses pengisian minyak, malah membantu mengawal ketirisan pembayaran tunai.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.